Badan Latihan Dakwah Islamiah (BALADI)
Assalamualaikum. Kami gembira anda bersama kami. Daftar Baladian Di Sini!!!
Navigation
 Portal
 Index
 Memberlist
 Profile
 FAQ
 Search
Gallery


Search
 
 

Display results as :
 


Rechercher Advanced Search

Latest topics
» Salam ukhuwah fillah
by adeq Tue Dec 18, 2012 10:03 am

» borak blogspot..
by abdullah zubair Sat Sep 08, 2012 2:16 am

» Salam Ta'aruf
by remaja sufi Thu Sep 06, 2012 11:05 pm

» Avacs Live Chat
by not Mon Jun 11, 2012 9:29 pm

» KERANA CINTA...AKU TOLAK MAULID!
by mada crew Fri Feb 18, 2011 3:52 am

» apakah hukum mempelajari bahasa arab??
by mada crew Fri Feb 18, 2011 3:14 am

» أشهد أن محمدا عبد الله ورسوله.
by mada crew Thu Feb 17, 2011 5:19 am

» MARI MENGENAL SAHABAT SAHABAT RASULULLAH ALAIHISSALAM.
by mada crew Wed Dec 22, 2010 7:24 pm

Affiliates

makna al-hubb

View previous topic View next topic Go down

makna al-hubb

Post by fairuzniza on Mon Jan 07, 2008 10:16 pm

Al-Ghazali dalam karyanya Ihya Ulumuddin membahas mahabbah secara luas. Dalam pembahasan tersebut, Al-Ghazali antara lain memberi ulasan pada salah satu syair Rabiatul Adawiyah tentang pembahagian cinta. Dalam syair disebutkan:

Aku mencintaiMu dengan dua macam cinta
Cinta kerana diriku dan cinta kerana diriMu
Cinta kerana diriku adalah keadaan sentiasa mengingatMu
Cinta kerana diriMu adalah keadaanMu
Menyingkapkan tabir hingga Engkau ku lihat
Baik untuk ini dan baik untuk itu
Pujian bukanlah untukku
bagiMu segala pujian

menurut Al-Ghazali, dalam memperkatakan pembahagian cinta tersebut, mungkin yang dimaksudkan dengan cinta kerana diriku atau oleh dorongan hati belaka adalah cinta pada Allah kerana kebaikan dan kurniaNya. Sedangkan bentuk cinta kedua, kerana diriMu adalah cinta keindahan dan keagunganNya. Cinta terakhir inilah yang paling luhur dan mendalam serta merupakan kesihatan melihat keindahan Tuhan.

Sebelum membahas pengertian mahabbah secara terminologi, terlebih dahulu perlu diungkap pengertian mahabbah menurut etimonologi. Dalam pengertian terakhir, misalnya, Al-Hujwiri dalam kitabnya Kasful Mahjub cuba menjelaskan makna al-hubb (mahabbah). Menurut riwayat, mahabbah berasal dari kata habbab yang bererti benih-benih yang jatuh ke bumi di padang pasir. Sebutan hubb diertikan demikian kerana cinta adalah sumber kehidupan, sebagaimana benih yang merupakan asal mula tanaman. Benih disebarkan di gurun pasir, tersembnyi di bumi, hujan pun turun, matahari menyinari bumi. Namun, benih tersebut tidak rosak oleh perubahan musim, malah tumbuh, berbunga dan memberikan buah. Demikian juga cinta, bilamana ia hadir dalam hati seseorang, ia tidak akan rosak oleh kehadiran dan ketidakhadiran, oleh senang atau susah, oleh perpisahan atau kesatuan.

Mahabbah dapat pula diambil dari kata hubb yang bererti sebuah tempayan yang penuh dengan air tenang, kerana cinta yang telah terpadu dalam hati dan memenuhi hati, di situ tidak ada lagi ruang bagi pemikiran selain yang dicinta. Makna lain mahabbah, diambil dari kata hubb yang bererti empat keping kayu penyangga pada air, kerana sebagai pencinta dengan suka hati menerima apa sahaja yang dilakukan oleh kekasihnya, berkenan atau tidak, susah ataupun senang.

Di samping itu, hubb dapat juga diertikan dengan gelembung-gelembung air dan luapannya di waktu hujan lebat, kerana cinta merupakan luapan hati yang menundukkan kesatuan dengan kekasih. Makna demikian diambil dari mahabbah yang diturunkan dari kata hubbab. Hubb juga dijadikan sebagai sebutan cinta murni.

Cinta adalah fitrah alamiah manusia. Atas dasar ini kita melihat bahawa setiap manusia tertarik pada anggota2 lain di antara jenisnya dengan suatu kekuatan batin.

Masih dalam pembahasan yang sama, Prof. Harun Nasution menjelaskan cinta sebagai berikut:

a. memeluk kepatuhan kepada Tuhan dan membenci sikap melawanNya
b. menyerahkan seluruh diri kepada Yang Dikasihi
c. mengosongkan hati dari segala-galanya, kecuali dari Yang Dikasihi.

fairuzniza
Sahabat Baru BALADI
Sahabat Baru BALADI

Number of posts : 7
Points : 0
Reputation : 0
Registration date : 07/01/2008

View user profile

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum