Badan Latihan Dakwah Islamiah (BALADI)
Assalamualaikum. Kami gembira anda bersama kami. Daftar Baladian Di Sini!!!
Navigation
 Portal
 Index
 Memberlist
 Profile
 FAQ
 Search
Gallery


Search
 
 

Display results as :
 


Rechercher Advanced Search

Latest topics
» Salam ukhuwah fillah
by adeq Tue Dec 18, 2012 10:03 am

» borak blogspot..
by abdullah zubair Sat Sep 08, 2012 2:16 am

» Salam Ta'aruf
by remaja sufi Thu Sep 06, 2012 11:05 pm

» Avacs Live Chat
by not Mon Jun 11, 2012 9:29 pm

» KERANA CINTA...AKU TOLAK MAULID!
by mada crew Fri Feb 18, 2011 3:52 am

» apakah hukum mempelajari bahasa arab??
by mada crew Fri Feb 18, 2011 3:14 am

» أشهد أن محمدا عبد الله ورسوله.
by mada crew Thu Feb 17, 2011 5:19 am

» MARI MENGENAL SAHABAT SAHABAT RASULULLAH ALAIHISSALAM.
by mada crew Wed Dec 22, 2010 7:24 pm

Affiliates

UKHUWAH TERLANJUR

View previous topic View next topic Go down

UKHUWAH TERLANJUR

Post by muntolaq on Sat Mar 08, 2008 8:03 am

Pernah tak rasa rindu-rindu pada seseorang yang sama jantina?

Pernah tak rasa gundah gulana bila tak jumpa dia lebih seminggu? Atau lebih singkat dari itu?

Pernah tak rasa sayang sangat kat dia sampai rasa kahwin tak penting? Atau nak kahwin hanya dengan sesiapa yang ada kaitan dengan dia?

Pernah tak rasa kemesraan bila duduk dua orang sahaja dengan dia? Suka tak duduk rapat-rapat dengan dia? Selalu tak baring-baring sebelah dia?

Rasa terganggu tak kalau ada kawan-kawan lain duduk dan berborak panjang bersama-sama?

Cemburu tak kalau ada orang lain rapat dengan dia?

Pernah menangis bila rasa ada tanda-tanda dia suka berkawan dengan orang lain?

Maaf ye!

Saya nak mengulas tentang satu fenomena tidak baik yang biasa berlaku dalam masyarakat orang baik-baik. Ada permintaan untuk saya menulis tentang isu ini. Rasanya dah hampir sebulan. Hari ni saya curi masa sedikit untuk berkongsi dengan pembaca sekelian pandangan saya tentang isu ini.

Hmm .. apa istilah yang paling tepat untuk kita namakan fenomena ini ya?

Dua orang rakan sama jantina berkasih sayang amat intim jalan ke mana-mana bersama-sama tak suka orang lain ganggu mereka kadang-kadang timbul rasa cemburu amat setia pada rakan akrabnya itu

Sekali pandang nampak macam mereka ni masuk dalam salah satu dari tujuh golongan yang dilindungi oleh Allah di bawah lindunganNya; dua lelaki berkasih sayang kerana Allah, bertemu keranaNya dan berpisah keranaNya. So, oklah tu. Tapi pandang dari sudut yang lain, nampak lebih-lebih pula.

Semasa saya masih belajar di Mesir, perkara yang sama berlaku kepada beberapa orang rakan. Kami namakan fenomena ini sebagai masalah asyiq (mabuk cinta). Oleh kerana ada unsur-unsur ukhuwwah dalam hubungan sebegini saya bagi nama baru ukhuwwah terlanjur.

Mungkin sebahagian akan rasa pelik kalau saya katakan bahawa fenomena seumpama ini lebih bahaya dari cinta seorang lelaki terhadap seorang perempuan. Tetapi itulah hakikatnya. Ianya lebih halus kerana tabiat salahnya tersembunyi dan berselindung di sebalik lafaz-lafaz dan istilah-istilah suci.

Batas Hubungan Sesama Jantina

Bukan hanya hubungan antara lelaki dan perempuan sahaja ada batas-batasnya. Lelaki dan lelaki, perempuan dan perempuan juga ada batas-batas pergaulannya yang tersendiri. Maaf saya sebut; jenayah liwat berlaku kerana hubungan sesama jenis di luar batas.

Ulama silam pernah membincangkan tentang batas aurat lelaki dengan lelaki dan perempuan dengan perempuan. Ada yang longgar dan ada yang ketat. Ada yang berpendapat antara lelaki dengan lelaki auratnya adalah antara pusat dan lutut. Sebahagian dari orang-orang bujang yang duduk serumah mungkin terbiasa dengan satu kebiasaan keluar masuk tandas dan jalan mundar mandir di dalam rumah dengan bertuala singkat. Nampak peha dan semua bulu roma betis dan peha. Kedalaman pusat yang disebut oleh masyarakat Melayu sebagai ukuran kedekut seseorang pun boleh dilihat. Tak malu pula dia mendedahkan kedekutnya tu.

Bagi perempuan dengan perempuan sebahagian ulama lebih ketat lagi sehingga ada yang berpendapat seorang muslimah di hadapan seorang wanita non muslim, auratnya adalah seperti di hadapan seorang lelaki.

Ulama juga telah membincangkan tentang hukum lelaki tidur dalam satu selimut dengan lelaki lain. Ada yang berpendapat haram jika tidak ada penghadang di tengah-tengah yang menghalang sentuhan kulit. Ada yang kata haram secara mutlak jika kedua-duanya tidak berpakaian walau pun ada penghadang atau jauh (kalau selimut besar).

Ulama juga membincangkan tentang hukum melihat aurat seorang kanak-kanak lelaki. Kanak-kanak ada aurat? Bagi sebahagian ulama haram seorang lelaki melihat aurat seorang kanak-kanak lelaki yang belum baligh apabila dia sudah berusia melebihi tujuh tahun.

Ulama juga membincangkan hukum lelaki melihat lelaki dengan syahwat. Jangan terkejut. Boleh berlaku juga tu walau pun agak pelik. Kalau lelaki atau perempuan selama-lamanya tidak akan teransang syahwatnya dengan melihat kaum sejenis, tidak adalah di dalam dunia ni golongan gay dan lesbian.

Ulama juga membincangkan adat kebiasaan masyarakat Timur Tengah yang telah menjadi sebahagian dari adat kita; iaitu budaya berpelukan apabila bertemu. Orang Mesir akan berpelukan dan tepuk belakang badan rakannya. Sebahagian penduduk Mesir di sebelah selatan dan sebahagian masyarakat Sudan ada tambahan; iaitu lagakan antara hidung. Orang Yaman pula akan cium bahu. Ada orang Arab yang akan lagakan pipi. Ada ulama yang mengatakan ianya haram jika dilakukan dengan amrad, si lelaki yang jelita (akan saya terangkan di bawah).

Berkasih Sayang Sesama Jantina

Sebahagian dari kita mungkin memiliki kecenderungan yang terlalu tinggi untuk berkasih sayang. Tapi mungkin oleh kerana dia tidak duduk dalam masyarakat yang bergaul bebas di antara lelaki dan perempuan, kecenderungan itu mungkin dicurahkan kepada rakan-rakan sejenis. Lalu dia akan mencari-cari kawan rapat. Dia suka berjalan ke sana ke sini dengan kawan rapatnya. Dia suka kalau dapat duduk serumah apatah lagi kalau dapat duduk sebilik dengan kawan rapatnya itu.

Sampai di situ tidak ada masalah lagi.

Masalah bermula apabila dia memilih lelaki yang mempunyai sifat-sifat wanita. Lagi sekali minta maaf; bukan nak tujukan pada sesiapa tetapi memang ada lelaki yang Allah jadikan kurang sikit sifat kelelakiannya. Dia tidak bermisai dan tidak juga berjanggut. Badannya tidak berotot. Kulitnya licin. Mukanya kacak? Oo bukan kacak . tapi jelita. Suaranya tidak garau. Suka senyum-senyum dan kalau diusik dia malu-malu kucing.

Ulama silam sudah pun mula membincangkan tentang lelaki jenis ini di dalam buku-buku fiqh tradisional mereka sejak berbelas kurun yang lepas. Kalau saudara-saudara lihat dalam fiqh Islami, ada lelaki yang diistilahkan oleh fuqaha sebagai amrad.

Imam Ibnu Abidin di dalam Hasyiah Raddil Mukhtar berkata: Amrad adalah pemuda yang tidak bermisai dan tidak tumbuh janggut. Beliau juga membawa kata-kata seorang ulama lain di dalam kitab tersebut: Seorang pemuda apabila mencecah usia baligh seperti lelaki lain; jika mukanya tidak jelita hukumnya adalah hukum seorang lelaki. Tetapi jika mukanya jelita, hukumnya adalah hukum seorang perempuan.

Ibnu Qudamah di dalam Syarah Kabir meriwayatkan satu hadis dari as-Syabi katanya:

Rombongan Abd al-Qis datang menemui Rasulullah s.a.w. Bersama-sama dengan mereka seorang pemuda amrad yang elok wajahnya. Rasulullah s.a.w. menyuruhnya duduk di belakang Baginda s.a.w.

Ibnu Qudamah menulis lagi:

Abu Bakar al-Ayun berkata: Seorang lelaki dari Khurasan, sahabat kepada Abu Abdullah datang bersama dengan seorang pemuda yang merupakan anak saudaranya. Wajahnya cantik. Dia bertemu dengan Abu Abdullah dan berbual-bual dengannya. Apabila kami bangun (untuk beredar) Abu Abdullah menemui pemuda cantik tersebut dan bertanya: Apakah hubungan pemuda ini dengan kamu? Lelaki Khurasan tersebut menjawab: Beliau adalah anak saudara saya. Abu Abdullah berkata: Apabila kamu bertemu dengan saya, jangan bawa pemuda ini bersama-sama kamu. Saya juga berpendapat bahawa kamu tidak sepatutnya berjalan-jalan dengannya di perjalanan.

Inilah apa yang dinamakan oleh ulama sebagai amrad. Golongan ini sering dijadikan adik angkat oleh sesiapa sahaja yang mempunyai kecenderungan untuk menghadapi masalah di dalam bab kasih sayang. Kalau dalam dunia pendakwah di kalangan belia dan remaja pula, golongan ini dijadikan madu-madu rapat sebahagian pendakwah yang juga mungkin ada sedikit masalah di dalam kasih sayang.

Kalau saudara rapat dengan golongan ini, suka berkawan dengan dia dan sanggup berkorban segala-galanya untuk dia, itu ukhuwwah. Tetapi apabila saudara suka berdua-duaan dengan dia, mungkin jalan-jalan pegang tangan dia, baring-baring sebelah dia, bergayut kat leher dia, sandarkan kepala di bahu dia dan mungkin sampai ke peringkat cium leher dia goli den .. meghomang ghaso ehh itu tanda-tanda dah terlanjur.

Antara tanda-tanda awal ukhuwwah yang terlanjur ni adalah apabila kita mula rasa sayang yang berlebihan kepada rakan kita tu. Kemudian rasa rindu bila lama tak bertemu (kadang bukan lama sangat pun, dua tiga hari sahaja). Kemudian apabila bertemu kita rasa lebih seronok kalau kita berdua sahaja di dalam bilik dan tidak ada orang lain. Ingat ya, Imam Qalyubi dan Imam Umairah menegaskan haram khalwat dengan amrad! Kemudian kita rasa cemburu bila melihat rakan kita tu rapat dan mesra dengan orang lain.

Kita rasa rakan kita tu milik kita sepenuhnya. Bahaya dah ni.

Tapi ada yang lebih bahaya dari itu semua; iaitu apabila kita mula suka baring-baring rapat dengan dia. Kemudian mula kaki kita mendarat manja atas kaki dia. Mula-mula betis atas betis. Kemudian peha atas peha. Kemudian, dari hari ke hari . makin lama makin jauh. Wal iyazubiLlah. Moga Allah jauhi.

Bolehkah dirawat?

Sudah tentu jawapannya boleh. Apa juga penyakit hati, semuanya boleh dirawat jika kita sanggup kembali kepada syariat Islam dan patuh kepada batas-batas agama. Cuma kenalah bermujahadah lebih kuat dari orang lain yang tidak ditimpa penyakit ini.

Kalau dilayan (memang seronok melayannya) ditakuti selepas berkahwin pun akan ada masalah. Ada kes yang saya jumpa, seorang lelaki berkahwin dan menyediakan bilik untuk adik angkatnya di dalam rumah beliau. Poning kepalo oghang ghumah ehh. Nak buek camno, terimo yolah bini mudo tu.

Sedikit Nasihat

* Kepada sesiapa yang termasuk ke dalam golongan amrad, hati-hati sebab saudara ramai peminat. Jangan layan sesiapa yang mula memberikan perhatian istimewa kepada saudara seorang sahaja.
* Bila kita bersahabat, bersahabatlah seramai mungkin. Jangan bataskan hanya kepada beberapa orang sahaja. Tingkatkan skill komunikasi kita sehingga mampu untuk bergaul dengan manusia yang pelbagai ragam.
* Sentiasa berbual-bual dengan rakan rapat kita bersama-sama dengan rakan-rakan yang lain. Elakkan dari mempunyai bilik sendiri dengan tahap privacy yang terlalu tinggi. Saya pernah bertemu kes seseorang yang menyediakan loceng khas di luar rumahnya untuk adik angkatnya. Kalau loceng rumah biasa yang berbunyi dia tak akan keluar dari biliknya (bilik memang sentiasa berkunci). Kalau loceng khas itu yang berbunyi (penggera diletak kat dalam bilik dia), dia akan buka. Dahsyat tak?
*
Segerakan berkahwin kalau kita memang ada kecenderungan untuk bermasalah dalam bab kasih sayang dengan kaum sejenis. Curahkan kasih sayang kita pada pasangan yang halal dengan cara yang halal.
*
Lelaki dan perempuan sama sahaja di dalam bab ini. Walau pun saya banyak menulis dan merujuk kepada kes lelaki tetapi alam hawa lebih rumit dan lebih teransang untuk terlanjur di dalam ukhuwwah. Setakat pengamatan, kes di dalam alam wanita lebih banyak jika dibandingkan dengan kaum lelaki.

Moga Allah membersihkan kita dari dosa-dosa yang samar-samar. Wallahu al-Mustaan.
avatar
muntolaq
Sahabat Baru BALADI
Sahabat Baru BALADI

Number of posts : 6
Points : 0
Reputation : 0
Registration date : 29/01/2008

View user profile

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum