Badan Latihan Dakwah Islamiah (BALADI)
Assalamualaikum. Kami gembira anda bersama kami. Daftar Baladian Di Sini!!!
Navigation
 Portal
 Index
 Memberlist
 Profile
 FAQ
 Search
Gallery


Search
 
 

Display results as :
 


Rechercher Advanced Search

Latest topics
» Salam ukhuwah fillah
by adeq Tue Dec 18, 2012 10:03 am

» borak blogspot..
by abdullah zubair Sat Sep 08, 2012 2:16 am

» Salam Ta'aruf
by remaja sufi Thu Sep 06, 2012 11:05 pm

» Avacs Live Chat
by not Mon Jun 11, 2012 9:29 pm

» KERANA CINTA...AKU TOLAK MAULID!
by mada crew Fri Feb 18, 2011 3:52 am

» apakah hukum mempelajari bahasa arab??
by mada crew Fri Feb 18, 2011 3:14 am

» أشهد أن محمدا عبد الله ورسوله.
by mada crew Thu Feb 17, 2011 5:19 am

» MARI MENGENAL SAHABAT SAHABAT RASULULLAH ALAIHISSALAM.
by mada crew Wed Dec 22, 2010 7:24 pm

Affiliates

Menyelusuri Minda Multimedia

View previous topic View next topic Go down

Menyelusuri Minda Multimedia

Post by Ustaznun on Mon Sep 08, 2008 1:04 pm

بسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْمِ


Dunia teknologi dan multimedia merupakan dua perkara yang tidak dapat dipisahkan. Menuju ke arah teknologi yang semakin canggih memerlukan kepakaran multimedia yang tinggi agar kedua-duanya seiring dengan masa putaran dunia yang semakin ke hadapan. Multimedia membawa maksud gabungan 2 atau lebih elemen-elemen media seperti teks, bunyi dan gambar dalam penyampaian maklumat. Contoh hasil multimedia adalah seperti montaj, slideshow, koswer, animasi, filem, dan sebagainya. Multimedia penting dalam mengubah kaedah penyampaian yang sedia ada kepada kaedah yang lebih berkesan dan bermutu. Namun penggunaan multimedia dalam membawa keseimbangan kehidupan manusia kini haruslah didasari oleh kesedaran iman dan ihsan.

Sejauh mana tingginya ilmu multimedia, tinggi lagi ilmu penghayatan yang dapat dibawa berdasarkan iman dan ihsan. Menyelusuri organisasi yang bergerak menggunakan sepenuhnya multimedia seperti ESQ Leadership Centre yang berpusat di Indonesia, pendekatan yang digunakan cukup menarik terutamanya dalam menerangkan tentang tujuan hidup manusia sebagai hamba pada Tuhan Yang Satu kepada peserta yang hadir. Pengolahan teknik multimedia yang berdasarkan penggunaan ilmu Kalam Suci iaitu Al-Quran telah menarik hati-hati yang menghadiri program-program yang dianjurkan mereka. Kepakaran beginilah yang kita perlukan pada masa kini dalam membawa masyarakat mengenal kesucian Islam itu sendiri. Kepakaran dalam penggunaan multimedia dari pelbagai sudut kaedah dalam memberikan kebaikan kepada manusia sejagat.

Forum ini ana fokuskan lebih kepada penggunaan Macromedia Flash untuk animasi & Adobe Photoshop untuk pengubahsuaian gambar kerana kedua2nya merupakan perisian pilihan utama masa kini. Namun, bukanlah bermaksud ana pakar dalam kedua2 bidang tersebut, cuma ingin berkongsi minat & pengalaman dalam menjelajah dunia multimedia bersama para sahabat. Jika terdapat teguran @ cadangan & ilmu yang sudi dikongsi bersama amatlah dialu-alukan dalam forum ini.


Begitu juga, jika ada persoalan diluar dari 2 fokus ini (Flash & Photoshop), masih boleh dibincangkan bersama dalam forum ini. Mungkin ada dikalangan kita yang mempunyai jawapan & kemahiran tentang hal tersebut. Semoga dengan wujudnya forum seperti ini akan memberi faedah & manfaat yang berguna kepada semua,amin.

Ustaznun
Admin

Number of posts : 9
Age : 32
Location : Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, Johor
Points : 0
Reputation : 0
Registration date : 08/09/2008

View user profile

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum